» » 106 soalan GST salah siapa?


Saya merujuk kepada insiden 23 Mac 2015 , di mana sekumpulan aktivis rakyat dan parti politik pergi ke Kompleks Kastam di Kelana Jaya untuk bertanya soalan mengenai GST – hanya 106 soalan daripada banyak kekeliruan yang wujud di kalangan rakyat tentang pelaksanaan GST.

Malangnya mereka dihalang dan ditangkap pihak polis kerana mahu menjaga keamanan.

Mungkin keamanan yang dimaksudkan di sini ialah keamanan pemimpin yang tidak aman tidur sebab risau dengan tentangan rakyat terhadap GST.

Timbul beberapa soalan di sini:

1. Salahkah jika sekumpulan orang mengunjungi kaunter GST untuk meminta penjelasan?

2. Salah siapa jika pihak polis – Light Strike Force mengepung dan menghalang kaunter GST? Senjata yang dibawa rakyat hanya helaian kertas yang mengandungi 106 soalan!

3. Salah siapa jika Pengarah Kastam bersama 2 orang pakar GST melarikan diri setelah hanya menjawab satu soalan sahaja? Itu pun jawapan yang salah!

4. Salah siapa jika orang ramai tidak dapat masuk berurusan dengan Kastam apabila yang menutup pintu utama adalah polis dan FRU?

5. Salah siapa jika semua yang hadir diberikan masa 5 minit untuk bersurai oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, tetapi disuraikan sebelum tempoh 5 minit belum habis?

6. Salah siapa jika rakyat yang hadir itu dikasari, ditolak, dipukul, dimaki, diterajang oleh polis dan dihumban ke dalam trak Black Maria?

7. Salah siapa apabila 80 orang yang ditangkap itu dinafikan hak untuk diwakili peguam?

8. Salah siapa apabila para peguam dihalang masuk ke dalam balai untuk berjumpa anak guam mereka?

9. Salah siapa jika mereka yang ditangkap menggunakan hak mereka untuk berdiam (right to remain silent) dan menjawab “Saya jawab di mahkamah”. Mengapa mereka ditengking dan diugut anggota polis?

10. Salah siapa jika beratusan rakyat turun memberi sokongan solidariti secara aman kepada mereka ditangkap? Mengapa mereka juga harus dikasari dan ditangkap?

11. Salah siapa jika peguam tidak dibenarkan berjumpa anak guamnya sebelum prosiding reman? Kata pegawai polis yang bertugas di IPD Shah Alam berpangkat ASP, ini arahan atas!

12. Salah siapa jika polis menerima arahan yang salah, bodoh, bercanggah dengan SOP serta peraturan?

13. Salah siapa jika mereka yang ditangkap direman selama 2 hari walaupun tiada siasatan lanjut dilakukan? Mengapa mereka dihukum kerana memperjuangkan isu rakyat?

14. Salah siapa jika polis tidak melaksanakan arahan Majistret untuk membenarkan aktivis yang ditahan membuat aduan polis, yang cedera diberi rawatan dan membekalkan Al-Quran kepada aktivis beragama Islam?

15. Salah siapa jika Khalid Ismath (aktivis yang ditangkap pada pagi 23 Mac) ditahan melebihi 24 jam?

16. Salah siapa jika Khalid Ismath dibebaskan hanya selepas 4 jam setelah diarahkan oleh majistret?

17. Salah siapa jika beberapa anak muda yang ditangkap di luar Balai Polis Kelana Jaya dipukul semasa dalam tahanan?

18. Salah siapa apabila polis salah tangkap seorang pekerja (cleaner) di Kompleks Kastam yang bernama Ravindran K. Beliau turut dikasari dan dibelasah sehingga dihantar ke hospital!

19. Salah siapa jika IO kes, ASP Zakaria dari IPD PJ tidak langsung memberitahu ahli keluarga mereka yang ditangkap akan didakwa di mahkamah pada pagi 25 Mac 2015?

20. Salah siapa apabila 25 orang yang dituduh di mahkamah terpaksa membayar RM3000 bersama seorang penjamin untuk membebaskan diri? Apakah ini hukuman untuk membela isu rakyat?

21. Salah siapa apabila mereka yang berkuasa terus menggasak dan membuli rakyat yang lemah?

Bagi soalan-soalan di atas, sudah tentu rakyat tidak bersalah. Satu kesalahan yang jelas dilakukan oleh rakyat adalah:

Memilih pemimpin yang tidak pandai mentadbir negara, yang mementingkan diri dan kerabatnya, yang mengamalkan korupsi dan nepotisme, yang boros dan bangang, bodoh serta menyebabkan rakyat menanggung beban mereka atas nama GST.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .