» » Van Gaal Mampu Naikkan 25% Prestasi United


LOUIS van Gaal diyakini dapat meningkatkan prestasi Manchester United sebanyak 25 peratus sekurang-kurangnya pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Keyakinan itu disuarakan oleh bekas pemain tengah United, Paul Scholes bagi menjawab mengenai masa depan kelab itu selepas gagal bersaingan dalam Liga Juara-juara Eropah kerana menghuni tangga ke-10 liga angkara bimbingan David Moyes selama 10 bulan.

Jurulatih dari Belanda yang pernah membimbing Barcelona dan Bayern Munich mula membina semula United dengan pembelian Ander Hererra dan Luke Shaw bernilai £60 juta.

Scholes yang berkerja bersama Ryan Giggs sebagai pembantu Van Gaal di United kini teruja untuk memulakan tugas bersama jurulatih ternama itu.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .