» » Utusan dakwa portal berita internet lagakan masyarakat


Kumpulan Utusan terus menempelak portal bebas yang didakwa memutarbelitkan cerita untuk menyerang pimpinan Umno dan melagakan masyarakat berbilang kaum.

Terbaru Penolong Pengarang Mingguan Malaysia Azman Anuar mendakwa etika kewartawanan portal Malaysiakini dan The Malaysia Insider telah mati.

Malah beliau mendakwa portal-portal ini membawa agenda anti-Melayu dan Islam dan sentiasa menyebelahi mereka yang mengutuk golongan ini.

"Biasanya portal propembangkang itu tidak melaporkan perkara yang sebenar. Ia menyiarkan laporan secara berpilih mengikut selera pengarangnya.

“Lebih seronok lagi bagi mereka jika laporan itu dapat menarik simpati pembacanya dan menghentam pemimpin Melayu dan Islam melalui ruangan komen.

"(The) Malaysian Insider danMalaysiakini memberi ruang dan menjadi medan untuk puak-puak propembangkang dan antiagama Islam untuk mengeluarkan kata-kata hasutan," kata beliau dalam kolum “Pedas-pedas Kari” hari ini.

Azman dalam artikel bertajuk “Nampak permainan portal berita itu” hari ini turut menuduh portal itu sengaja “melupuskan” komen yang tidak menyebelahi mereka di ruangan komen laman web masing-masing dan hanya menyiarkan komen yang menyokong agenda propembangkang dan antiMelayu sahaja.

Malah beliau mendakwa portal ini akan sentiasa cuba mengubah laporan berita dari Utusan Malaysia dan cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap akhbar milik Umno itu.

"Bagi portal berkenaan, kalau mereka kutuk agama dan umat Islam serta orang Melayu, itu tidak menjadi hal.

“Mereka harap orang Melayu tak perlu balas dan melawan. Kata-kata kesat dibiarkan membanjiri ruang-ruang komen kepada laporan yang berat sebelah dengan ayat-ayat menghasut. Komen-komen yang tidak menyebelahi mereka, cepat-cepat dilupuskan.

"Namun, sebaliknya kalau orang Melayu kritik penganut agama bukan Islam, mereka pula akan buat kecoh dan gemparkan isu itu ke seluruh negara. Mereka ingat kita bodoh dan tak nampak permainan itu.

"Cuba fahami maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh portal berita propembangkang. Mereka akan sentiasa 'spin'’ berita-berita daripada Utusan Malaysia dan cuba mewujudkan persepsi negatif kepada akhbar Melayu ini.

Azman turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat agenda portal yang didakwa cuba melaga-lagakan masyarakat pelbagai kaum.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .