» » ILP Miri catat bacaan IPU tidak sihat setakat 7 pagi 26 Jun 2014


Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 122, setakat 7 pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 36 kawasan merekodkan IPU sederhana.

Bacaan IPU sederhana tertinggi direkodkan di Seberang Jaya 2, Perai dan Bakar Arang, Sungai Petani iaitu 96, diikuti Alor Setar (81), Kampung Air Putih, Perai (87), Taiping (86), Pelabuhan Klang (76).

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU sederhana antaranya ialah Langkawi (53), Pasir Gudang (53), SMK Tanjung Chat, Kota Baru (68), Tanah Merah (66), Nilai (57), Balok Baru, Kuantan (59), Indera Mahkota, Kuantan (60), Jerantut (52), Jalan Tasek, Ipoh (68) dan Putrajaya (54).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .