Bagaimanapun, perhimpunan sempena hari buruh anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu akan diadakan di Petaling Jaya, terpisah dari lokasi perhimpunan kumpulan NGO dan Pakatan Rakyat.
Pengerusi sambutan 1 Mei MTUC Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, selain isu GST, perhimpunan mereka akan turut membangkitkan isu gaji minimum dan kenaikan kos kehidupan.
''Tahun ini kita menghadapi isu seperti kegagalan pelaksanaan akta gaji minimum, GST, Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) dan harga barang melonjak ke tahap tidak dapat dibayang, yang langsung tak beri kebaikan kepada pekerja.
Himpunan dinamakan “100,000 May Day” itu dijadualkan di Dataran Timur Petaling Jaya.
Sumber M-K
No comments: